Durian perkukuh hubungan Malaysia-Perancis

Durian perkukuh hubungan Malaysia-Perancis

Gelagat dan reaksi delegasi dari Perancis, (dari kiri) Prune Remeur, Nathalie Seroux dan Marie Cunchon yang cuba makan buah durian pada Persidangan Durian di Taylor's University Lakeside Campus , Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Durian berpotensi menjadi medium memperkukuh hubungan Malaysia dan Perancis menerusi perkongsian budaya, gastronomi serta perdagangan antara kedua-dua negara.

Duta Perancis ke Malaysia, Marc Abensour berkata, durian bukan sekadar buah tempatan, sebaliknya mencerminkan identiti, warisan dan kepelbagaian budaya Malaysia.

Katanya, pengalaman pertama menikmati durian ketika bertugas sebagai Duta Perancis ke Singapura pada 2017 memberinya perspektif baharu mengenai budaya masyarakat Asia Tenggara.

“Durian adalah buah yang memerlukan masa untuk difahami dan dihargai, sama se­per­ti proses memahami budaya sesebuah negara.

“Durian bukan buah yang boleh dinilai hanya berdasarkan tanggapan pertama kerana ia memerlukan masa untuk benar-benar dihargai.

“Melalui pengalaman itu, saya memahami bahawa ke­terbukaan terhadap perkara baharu membolehkan seseorang mengenali budaya dan masyarakat lain dengan lebih mendalam,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pa­da persidangan Durian: Lambang Kekuasaan-Suatu Tin­jauan Rentas Budaya Perspektif Perancis dan Malaysia di Taylor’s University, semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN