Durian kunyit, Musang King ‘lubuk’ pahala untuk peniaga

Durian kunyit, Musang King ‘lubuk’ pahala untuk peniaga

AHMAD Maher Safian menunjukkan durian kunyit gred A yang dijual pada harga murah di belakang Masjid Sultan Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan. – UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pemilik kebun di sini menjadikan durian kunyit dan Musang King segar dari ladang sebagai ‘lubuk’ pahala apabila menawarkan buah tersebut pada harga murah.

Ahmad Maher Safiain berkata, ia bertujuan membolehkan semua golongan menikmati keenakan rasa buah ‘kayangan’ itu pada harga murah.

Katanya, dia menawarkan harga lebih murah kerana memiliki kebun sendiri selain mahu berkongsi rezeki dengan penduduk di negeri ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dulu kalau bawa RM15, orang mungkin boleh makan durian kampung. Sekarang dengan RM10 atau RM15 pun sudah boleh menikmati durian yang lebih berkualiti.

“Walaupun menjual raja buah ini pada harga RM14.90 sekilogram, saya masih mampu memperoleh keuntungan,” katanya ketika ditemui di belakang Masjid Sultan Ismail Petra, Bandar Kubang Kerian di sini.

Ahmad Maher berkata, dia menjual lebih 600 kilogram durian setiap hari bermula pukul 11 pagi sehingga 4 petang.

“Kelainan rasa durian kunyit yang saya jual ini dari pokok berusia lebih 35 tahun dengan rasa manis dan berlemak. Gred A pula dijual pada RM34 untuk sekilogram. Begitu juga dengan Musang King, saya jual pada harga murah,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini