NARATHIWAT (THAILAND): Dua rakyat Malaysia cedera selepas kenderaan pelbagai guna (SUV) dinaiki mereka terkena letupan bom buatan sendiri (IED) yang dipercayai ditanam di tepi jalan di Persimpangan Sapom, Daerah Tak Bai, di sini, hari ini.
Bagaimanapun identiti kedua-dua mangsa belum dikenal pasti dalam kejadian pukul 11.41 pagi itu waktu tempatan itu.
Sumber Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4) berkata, kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Daerah Tak Bai untuk menerima rawatan.
“Letupan itu turut mengakibatkan SUV berkenaan mengalami kerosakan teruk,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut ISOC4, pasukan keselamatan segera mengepung kawasan kejadian dan menutup laluan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. – UTUSAN










