DNA dua penuntut maut rentung disahkan sepadan dengan keluarga

DNA dua penuntut maut rentung disahkan sepadan dengan keluarga

KERETA dipandu laju sehingga hilang kawalan dan terbabas sebelum terbakar menjadi punca kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menyebabkan dua penuntut universiti rentung manakala seorang lagi terselamat. IHSAN/BOMBA KUALA LUMPUR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua penuntut yang rentung dalam kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) sudah disahkan dan sepadan dengan keluarga.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, sampel DNA itu dihantar ke Jabatan Kimia Petaling Jaya pukul 8 pagi semalam.

Menurutnya, keputusan kemudian diperoleh pada pukul 4.30 petang hari sama.

“Hasil analisis mengesahkan bahawa DNA kedua-dua mangsa adalah sepadan dan positif dengan ibu bapa masing-masing. 

“Susulan itu, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak keluarga pada pukul 6.30 petang semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, media melaporkan kereta dipandu laju sehingga hilang kawalan dan terbabas sebelum terbakar menjadi punca kemalangan di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) menyebabkan dua penuntut universiti rentung manakala seorang lagi terselamat.

Dalam kejadian pukul 5.10 pagi itu, kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya ketika dalam perjalanan dari Jalan Duta menghala ke Selayang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN