Dapatan Merdeka Center: Kerja lebih kuat, jangan terkulai dengan pujian - Anwar

Dapatan Merdeka Center: Kerja lebih kuat, jangan terkulai dengan pujian – Anwar

ANWAR Ibrahim ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Jameastus Solehah, Dengkil. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENGKIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur di atas dapatan Merdeka Center yang meletakkan beliau sebagai pemimpin politik paling disukai di negara ini.

Bagaimanapun, Anwar menyifatkan, pengiktirafan itu tidak seharusnya membuatkan seseorang pemimpin itu leka.

“Sebaliknya, ia (pengiktirafan itu) perlu dijadikan pemangkin untuk terus memperbaiki prestasi dan bekerja lebih keras demi rakyat. Alhamdulillah, saya dengar cerita-cerita begitu, Alhamdulillah.

“Tapi saya sentiasa sebut dalam semangat islah ma istata’tu (melakukan pembaikan sedaya upaya termampu) iaitu kita berusaha sedaya upaya untuk terus meningkatkan prestasi.

“Kita sentiasa cuba lakukan yang sebaiknya, kerja lebih kuat dan jangan kadang-kadang terkulai dengan pujian-pujian ini,” katanya dalam sidang akhbar elepas menunaikan Solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jameatus Solehah Pekan Dengkil, di sini hari ini.

Merdeka Center sebelum ini melaporkan Anwar merekodkan kadar sokongan tertinggi dalam kalangan pemimpin politik negara dengan memperoleh penarafan positif sebanyak 52 peratus.

Tinjauan pada 12 Mac hingga 9 April lalu itu turut mendapati 42 peratus pengundi Malaysia percaya negara berada di landasan yang betul meskipun berdepan ketidaktentuan global dan cabaran ekonomi semasa.

Menurut Merdeka Center lagi, peratusan tersebut kekal tidak berubah berbanding tinjauan yang dijalankan pada Disember 2025 dan Februari 2026.

Mengikut pecahan etnik, bumiputera Muslim dan bukan Muslim di Sabah serta Sarawak mencatat tahap kepuasan tertinggi iaitu 68 peratus, diikuti responden Cina sebanyak 53 peratus, manakala responden India dan Melayu masing-masing merekodkan kadar kepuasan 46 peratus dan 44 peratus. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN