Big Stage terima sambutan menggalakkan, masih relevan - Raqim Ahmad - Utusan Malaysia

Big Stage terima sambutan menggalakkan, masih relevan – Raqim Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Naib Presiden, Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad yakin program, Big Stage masih relevan dan mampu menarik penonton yang ramai.

Katanya, perkara itu dibuktikan menerusi respons penonton di media sosial yang tidak sabar menantikan pertandingan nyanyian itu ditayangkan pada Ahad ini.

“Kita lihat respons yang baik mengenai Big Stage di mana sambutan terhadap sesi uji bakatnya dan respon audiens di Thread amat memberansangkan.

“Berdasarkan maklum balas dari sosial media, kita mendapati Big Stage ini satu program yang menarik.

“Orang bukan sahaja ingin menjadi sebahagian daripada Big Stage, malah mereka memberikan pandangan bagaimana program ini sepatutnya dianjurkan. Jadi kita ambil maklum dan ambil kira setiap pandangan,” katanya.

Big Stage x Rocketfuel menapilkan 11 peserta yang merebut kejuaraan musim ketujuh. Pertandingan ini menampilkan tiga barisan juri iaitu Aisha Retno, Hael Husaini dan Akim Ahmad serta menampilkan Nabil Ahmad selaku hos.

Raqim dalam masa yang sama memaklumkan seperti program lain, Big Stage mempunyai tarikan dan diikuti khususnya golongan gen Z.

“Sekarang ini kita ada Talk To My Manager (TTMM) yang mempertaruhkan kandungan yang lain. Akan datang kita ada program Big Stage yang juga mempetaruhkan sesuatu yang lain. Begitu juga dengan Gegar Vaganza dan program nyanyian yang lain.

“Program-program ini mensasarkan jenis audiens yang berbeza, dari segi umur dan latar belakang,” katanya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN