Balai cerap RM38.65 juta dibina di Manjung - Utusan Malaysia

Balai cerap RM38.65 juta dibina di Manjung

SAARANI Mohamad merasmikan Pelancaran Bulan Falak Peringkat Negeri Perak bagi Tahun 1448H/2026M di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri Perak bakal membina Balai Cerap Negeri Perak di Pantai Pasir Panjang, Manjung dengan anggaran kos berjumlah RM38.65 juta.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, balai cerap itu bakal menjadi pusat cerapan falak rasmi negeri, sekaligus memperkukuh pembangunan ilmu falak dan astronomi di negeri ini.

“Pembangunan kemudahan itu dicadangkan dalam Bengkel Insentif Pembinaan Balai Cerap Negeri Perak yang diadakan pada 19 hingga 20 Mei lalu, membabitkan Jabatan Mufti Negeri Perak, Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Kewangan Negeri dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Perak.

“Pembinaan balai cerap ini di kawasan Pantai Pasir Panjang, Segari, Manjung akan membabitkan keluasan kira-kira 3.08 hektar dengan kawasan terbabit antara lokasi yang diteliti memandangkan ia turut mempunyai kaitan dengan aktiviti cerapan hilal rasmi negeri,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita pada Pelancaran Bulan Falak Peringkat Negeri Perak bagi Tahun 1448H/2026M di sini hari ini.

Katanya, balai cerap tersebut dicadangkan sebagai pusat cerapan falak rasmi negeri selain menyokong aktiviti pendidikan, penyelidikan dan pembangunan ilmu astronomi.

“Projek ini juga berpotensi menjadi produk pelancongan pendidikan dan astronomi baharu di Perak.

“Anggaran awal kos pembangunan adalah sekitar RM38.65 juta dan masih tertakluk kepada penelitian teknikal serta keputusan kerajaan negeri,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN