Armada Bersatu sokong Pemenang wujudkan 'United Malay Front'

Armada Bersatu sokong Pemenang wujudkan ‘United Malay Front’

HARRIS IDAHAM RASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Sayap Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyokong ketetapan yang dibuat oleh Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) untuk mewujudkan ‘United Malay Front’ bagi menghadapi pilihan raya di Pulau Pinang.

Ketua Penerangan Armada Bersatu, Harris Idaham Rashid berkata, pihaknya sependapat dengan Pemenang bahawa inisiatif tersebut wajib diusahakan di Pulau Pinang kerana kedudukan ekonomi orang Melayu di negeri itu kini berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Bersatu Balik Pulau berkata, selain itu, krisis pemilikan rumah mampu milik di kawasan pulau dalam kalangan orang Melayu sepatutnya mendorong kepada keperluan parti-parti politik Melayu di Pulau Pinang untuk bersatu.

“Pemenang juga telah menyatakan pendirian mereka untuk membantah pengiktirafan UEC (Sijil Peperiksaan Bersepadu) untuk kemasukan ke universiti awam dan bantahan ini akan dipanjangkan sehingga ke Majlis Raja-Raja Melayu sekiranya pihak kerajaan tidak mampu untuk membatalkan pengiktirafan UEC.

“Dalam hal ini, Armada akan turut bekerjasama dengan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta parti politik untuk membantah pengiktirafan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Semalam, Presiden Pemenang, Tan Sri Mohd. Yussof Latiff membuat ketetapan untuk mewujudkan ‘United Malay Front’ ketika ucapan dasar sempena mesyuarat agung tahunan persatuan terbabit dan perkara itu kemudian dipersetujui sebulat suara oleh ahli mesyuarat yang terlibat.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN