Pertuduhan terhadap Hilman sebagai intimidasi politik - Armada

Pertuduhan terhadap Hilman sebagai intimidasi politik – Armada

MUHAMMAD HILMAN IDHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pertuduhan terhadap Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham esok disifatkan sebagai intimidasi politik yang jelas bertujuan membisukan suara pembangkang.

Armada dalam kenyataan berkata, pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) berkaitan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

“Armada mengecam keras dakwaan tersebut kerana ia dilihat bercanggah dengan prinsip demokrasi serta mengancam hak rakyat untuk bersuara secara bebas dalam sistem negara,” katanya.

Armada menyatakan komitmen mereka untuk bersolidariti penuh bersama Hilman sepanjang proses undang-undang berlangsung sehingga beliau memperoleh keadilan daripada mahkamah yang mengendalikan kes ini.

“Pendakwaan terhadap Hilman membuka lembaran baharu dalam desakan rakyat menuntut pemansuhan Akta Hasutan yang dianggap lapuk serta sering digunakan menekan pihak pembangkang. Kes ini juga akan menjadi permulaan dalam proses pemansuhan Akta Hasutan,’ katanya.

Difahamkan, Muhammad Hilman bakal berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Jenayah Kuala Lumpur pada 20 Ogos ini pada 9 pagi esok

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) berkaitan kenyataan yang mendatangkan khianat awam yang dikaitkan dengan ucapannya pada Himpunan Solidariti Tolak Akta Hasutan, 29 Julai lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN