Anwar ke Bukit Gambir umum calon PH esok - Utusan Malaysia

Anwar ke Bukit Gambir umum calon PH esok

ANWAR Ibrahim akan ke Bukit Gambir, Johor esok bagi mengumumkan calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke Bukit Gambir, Johor esok bagi mengumumkan calon Pakatan Harapan (PH) yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16.

Anwar berkata, beliau akan bersama barisan kepimpinan PH dalam majlis pengumuman calon yang bakal menggalas amanah rakyat negeri itu.

“Johor berhak mendapat kepimpinan yang berintegriti, berwibawa dan bekerja kuat demi kemajuan negeri serta kesejahteraan seluruh rakyat.

“Ayuh bersama-sama hadir dan memulakan langkah menuju kemenangan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan, seramai 250 calon dijangka merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor yang bermula minggu hadapan.

Jumlah itu mengambil kira pertembungan antara Barisan Nasional (BN) dengan PH, selain Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang sudah berpisah serta kewujudan blok dan parti baharu termasuk Parti Bersama Malaysia (Bersama).

Pertembungan pelbagai penjuru itu sekali gus menyaksikan PRN Johor kali ini dijangka berlangsung sengit, seterusnya menjadi medan menguji tahap sokongan rakyat susulan beberapa keputusan penting yang diambil parti politik kebelakangan ini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN