KUALA NERUS: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) melepaskan 32 ekor hidupan liar pelbagai spesies di Pulau Redang, dekat sini sebagai usaha memperkaya biodiversiti dan memperkukuh ekosistem di pulau peranginan terkenal itu. Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, pelepasan tersebut melibatkan beberapa spesies termasuk burung helang merah dan helang hindek, pelanduk, landak serta ayam hutan. Katanya, inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikan populasi hidupan liar di kawasan…










