UMNO rekod 13,954 ahli baharu dalam talian

UMNO rekod 13,954 ahli baharu dalam talian

ASYRAF Wajdi Dusuki berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO, di Pusat Dagangan Dunia, di sini hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO merekodkan sebanyak 13,954 keahlian baharu secara dalam talian sejak pendaftaran dibuka pada 20 April lalu hingga pukul 8 pagi, hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, daripada jumlah tersebut, Pemuda mencatatkan keahlian tertinggi iaitu seramai 8,233 orang, diikuti Puteri sebanyak 1,260 orang.

“Negeri yang mencatatkan jumlah keahlian tertinggi ialah Johor, diikuti Pahang dan Perak.

“Hampir setiap hari jumlah ini meningkat dari semasa ke semasa,” katanya ketika berucap pada Konvensyen 80 Tahun UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Beliau berkata, peningkatan itu membuktikan langkah mempermudah proses keahlian, khususnya melalui pendaftaran dalam talian, berjaya menarik minat golongan muda untuk menyertai parti.

Katanya, pendekatan tersebut juga telah menghapuskan kekangan sebelum ini yang menyulitkan anak-anak muda untuk menjadi ahli UMNO.

“Langkah itu membolehkan mereka diiktiraf bukan lagi sebagai ahli bersekutu, sebaliknya setaraf dengan ahli biasa UMNO yang lain.

“Inisiatif ini juga merupakan satu merupakan ‘game changer’ dalam usaha memperkukuh parti serta membuka ruang lebih luas kepada generasi muda untuk menyertai UMNO tanpa kekangan birokrasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN