Tiga beradik didakwa bunuh lelaki di Merlimau

Tiga beradik didakwa bunuh lelaki di Merlimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Tiga beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jasin di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki dua minggu lalu.

Tertuduh, R. Murugan, 20, R. Arunasalam, 27, dan R. Magendran, 28, didakwa bersama-sama membunuh seorang lelaki warga emas Edward Richard, 30.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 13 Mei 2026 antara pukul 8.00 malam hingga 8.30 malam di kawasan berhampiran taman permainan, Jalan Anum 3, Taman Muhibbah, 77300 Merlimau, dalam daerah Jasin.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika tidak dijatuhi hukuman mati.

Tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mazana Sinin memandangkan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani Yusri, manakala ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam, L. Sherveen

Mahkamah kemudian menetapkan 27 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi penyerahan laporan kimia dan patologi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN