Status OKU tidak halang Yuszairi didik generasi muda - Utusan Malaysia

Status OKU tidak halang Yuszairi didik generasi muda

YUSZAIRI Yusof (kanan) bersama pelajarnya di SMK Seri Intan, Kluang, Johor yang terdiri daripada pelbagai kaum.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Status orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang buat Yuszairi Yusof, 46, untuk terus menabur bakti selama 20 tahun sebagai pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kota Tinggi dan SMK Seri Intan, Kluang dekat sini.

Guru Pendidikan Seni Visual itu menjadi OKU selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2011, iaitu selepas lima tahun berkhidmat ketika menunggang motosikal untuk menghadiri mesyuarat di Segamat.

Katanya, motosikalnya dirempuh sebuah lori lima tan membawa muatan kelapa sawit dari arah belakang sehingga menyebabkan tulang tangan kirinya hancur dan terpaksa digantikan dengan sendi palsu.

Kemalangan itu turut menyebabkannya mengalami beberapa kecederaan lain termasuk patah tulang rusuk dan perlu menerima rawatan hampir sebulan di hospital dan cuti sakit hampir 300 hari.

“Ketika itu saya memang sedih dan hilang semangat. Saya rasa kehidupan sudah berubah sepenuhnya dan sukar untuk kembali seperti biasa.

“Namun, sokongan keluarga, rakan-rakan serta kata-kata bekas pelajar saya, Mohd. Qayum’aiqal Zolkipli yang kini seorang komando, menjadi kekuatan untuk saya bangkit semula.

“Dia pernah berkata, jika cikgu mampu membentuk dirinya sehingga menjadi komando, cikgu juga pasti mampu pulih seperti biasa,” katanya kepada Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN