SPRM rakam percakapan Rafizi hari kedua 9 jam

SPRM rakam percakapan Rafizi hari kedua 9 jam

RAFIZI Ramli ketika hadir beri keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyambung rakaman percakapan Datuk Seri Rafizi Ramli bagi hari kedua hari ini untuk membantu siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion di antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.

Rakaman percakapan tersebut dijalankan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya dan berlangsung selama kira-kira 9 jam.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi telah tiba di Ibu Pejabat SPRM sekitar pukul 10 pagi.

“Rakaman percakapan beliau pada hari kedua telah selesai kira-kira pukul 7 malam.

“Rakaman percakapan akan bersambung untuk hari ketiga esok yang dijangka dibuat pada sebelah petang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN