SK Banggu pupuk budaya membaca

SK Banggu pupuk budaya membaca

MURID-murid bersama dengan buku masing-masing membuat pembayaran di kaunter pada Pesta Buku Kelantan 2026 di Kota Bharu, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sekolah Kebangsaan (SK) Banggu Kota Bharu terus komited memupuk budaya membaca dalam kalangan murid melalui penganjuran aktiviti berbentuk pendidikan dan pendedahan dunia luar.

Seiring dengan usaha tersebut, satu program lawatan sambil belajar ke Pesta Buku Kelantan 2026 diadakan di Kota Bharu, baru-baru ini.

Program bermula pukul 10 pagi hingga 1.00 petang itu melibatkan penyertaan murid-murid tahap dua bersama guru pengiring.

Pesta Buku Kelantan dan Pesta Buku Pantai Timur merupakan acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pencinta ilmu, pelajar, pendidik dan penerbit buku.

Festival tersebut menghimpunkan pelbagai jenis buku daripada penerbit tempatan dan luar, termasuk bahan bacaan umum, novel, buku rujukan sekolah serta pelbagai kategori lain.

Selain jualan dan promosi, festival yang dianjurkan oleh sebuah syarikat swasta itu turut menyediakan aktiviti menarik seperti sesi bersama penulis, cabutan bertuah dan pameran interaktif.

Tahun ini, pesta turut menawarkan harga buku serendah RM1 serta pelbagai hadiah istimewa.

Menurut Guru Besar SK Banggu, Noor Azniah @ Noni Mat Nor, program sebegini amat penting dalam usaha meningkatkan minat murid terhadap bahan bacaan berkualiti.

Katanya lagi, program tersebut  membuka peluang kepada murid untuk meneroka dunia ilmu dan mengembangkan potensi diri dalam suasana pembelajaran yang santai tetapi bermakna.

Lawatan tersebut bertujuan membina keyakinan murid berinteraksi dengan masyarakat luar di samping memupuk kemahiran membuat pilihan bahan bacaan yang baik.

Penyelaras program, Mastora Mamat yang juga Guru Perpustakaan dan Media berkata, bahawa kerjasama antara institusi pendidikan dan industri buku mampu mencetuskan impak

positif jangka panjang.

Melalui kunjungan sebegini, murid dapat melihat sendiri bagaimana buku dipasarkan dan dihargai oleh masyarakat.

Beliau berkata, budaya membaca merupakan asas pembangunan ilmu, sahsiah dan kemahiran masa depan murid.

Tentatif program bermula pada jam 9.30 pagi apabila murid berkumpul di Dewan Sri Banggu sebelum diberikan taklimat keselamatan serta penerangan mengenai teknik pemilihan bahan bacaan dan pengurusan kewangan.

Pada pukul 10 pagi, murid bertolak menaiki sebuah bas ke Mydin Mall Tunjong. Setibanya jam 10.30 pagi, murid mula melawat gerai-gerai pameran

Lawatan tersebut  turut melibatkan dua orang pentadbir iaitu penolong kanak pentadbiran dan penolong kanak hal ehwal murid.

Menariknya, beberapa orang murid SK Banggu turut diberi peluang mempersembahkan bakat mereka di pentas mini pesta buku. Adik Fahim Wafiyyuddin mempersembahkan lagu pop bertajuk Korban Rindu, sementara adik Akif Hairil dan Gabriel memukau pengunjung dengan tarian tradisional Zapin Usik Mengusik.

Persembahan tersebut bukan sahaja menghiburkan para pengunjung, malah meningkatkan keyakinan diri murid serta mempamerkan bakat mereka di khalayak umum.

Pesta Buku Kelantan tahun ini turut mendapat sokongan pelbagai syarikat buku, termasuk penerbit besar peringkat negeri. Antara tarikan utama adalah jualan diskaun besar-besaran, promosi alat tulis, sesi tandatangan bersama penulis serta pelbagai aktiviti kekeluargaan. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN