Seleweng pelaburan: SPRM cadang tuduh dua individu

Seleweng pelaburan: SPRM cadang tuduh dua individu

TAN SRI AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan cadangan pertuduhan terhadap dua individu berhubung siasatan penyelewengan urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion.

Siasatan itu melibatkan Kementerian Ekonomi dan Arm Holdings dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semikonduktor.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagaimanapun enggan mendedahkan identiti dua individu berkenaan.

“Setakat ini, kami sudah merakam keterangan 22 saksi termasuk bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan bekas pegawainya, James Chai. Masih ada dua lagi saksi akan dipanggil iaitu seorang di Taiwan dan seorang lagi di dalam negara,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Azam berkata, pegawai suruhanjaya itu sudah melengkapkan siasatan berkaitan unsur jenayah dalam kes itu namun keputusan akhir bergantung kepada Jabatan Peguam Negara.

“Pegawai kami melihat kepada elemen jenayah tetapi keputusan itu terpulang kepada peguam negara.Saya tidak boleh dedahkan siapa, tetapi kami mencadangkan supaya pertuduhan dibuat,” jelasnya.

Sebelum ini, Rafizi telah dirakam keterangan di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan.

Proses merakam keterangan itu telah berlangsung sejak Isnin lalu dan bersambung untuk hari ketiga hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN