Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa Sabah, Labuan hingga tengah hari

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka landa Sabah, Labuan hingga tengah hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan hingga pukul 12 tengah hari ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), ribut petir diramalkan berlaku di Sabah itu melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

Amaran sama turut melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sementara itu amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket dan Selat Melaka Utara. Angin kencang barat berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter yang dijangka berlaku, berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sementara itu ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka berlaku di kawasan perairan Phuket, Selat Melaka, tenggara Samui dan utara Tioman.

Selain itu, di selatan Condore, Bunguran, Reef North, utara Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu dan Sulawesi juga turut terlibat.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” kataanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN