KUALA LUMPUR: Rakyat negara ini dinasihatkan tidak termakan fitnah yang ketika ini cuba dibawa oleh pihak tertentu dengan membuat serangan kepada Datuk Seri Farhash Wafa Salvador dalam isu dakwaan pengubahan wang haram melibatkan bilion ringgit ke luar negara. Pensyarah Kanan Program Sains Politik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Jamaie Hamil berkata, ini kerana isu itu dilihat lebih kepada hasutan dan propaganda semata-mata oleh pihak tertentu…










