Penyakit mungkin mental punca kanak-kanak hilang - Ariff Zulkarnain - Utusan Malaysia

Penyakit mungkin mental punca kanak-kanak hilang – Ariff Zulkarnain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah drama bersiri terbitan Astro Good boys Go To Heaven, Ariff Zulkarnain tidak menolak kes kehilangan kanak-kanak berkaitan yang semakin berleluasa hari ini dengan kesihatan mental.

Kata Ariff, ini berikutan masalah mental semakin menjadi-menjadi, mungkin menjurus kepada pembunuhan dan penculikan kanak-kanak.

“Sejak 2014, ada banyak kes kehilangan kanak-kanak. Hampir kesemuanya tidak dijumpai.

“Ia mungkin berkaitan penyakit mental yang mana, sekitar 90 an dan awal 2000, tidak diperkatakan ramai.

“Sekarang, ia sudah menjadi satu masalah semasa. Bahkan menjadi perkara yang ditanya dalam sesi temuduga pekerjaan.

“Jadi dua elemen ini kami gabungkan dalam Good Boys Go To Heaven, kaitkan antara kesihatan mental dengan kanak-kanak hilang,” katanya semasa pelancaran drama bersiri tersebut.

Ariff bagaimanapun tidak merujuk kepada mana-mana kes apabila ditanya sekiranya drama ini berkaitan dengan kejadian menimpa Zayn Rayyan.

“Saya tak boleh mensasarkan kepada mana-mana kes.

“Tapi audiens tahu ia menjurus kepada kes yang bagaimana,” kongsinya.

Ariff dalam pada itu menggunakan elemen kreatif bagi menggambarkan perasaan masyarakat terhadap kes berkenaan.

“Kita secara automatiknya akan rasa geram walaupun kita tidak mengenali mangsa. Kita merasakan negara kita sudah tenat.

“Jadi apa sahaja ekspresi penonton, saya keluarkan dalam filem ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN