PDRM nafi sedia khidmat pengiring konvoi kenderaan mewah

PDRM nafi sedia khidmat pengiring konvoi kenderaan mewah

JSPT Bukit Aman menafikan dakwaan kononnya pihaknya menyediakan khidmat pengiring bagi konvoi kenderaan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menafikan dakwaan kononnya pihaknya menyediakan khidmat pengiring bagi konvoi kenderaan mewah seperti yang tular di Instagram. 

Pengarahnya, Datuk Seri Mohammed Hasbullah Ali berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tiada kaitan dengan hantaran berkenaan dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran, sokongan atau pengendorsan kepada mana-mana pihak untuk menggunakan imej, logo atau menyerupai anggota polis trafik bagi tujuan promosi atau publisiti. 

Katanya, satu laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan siasatan sedang dijalankan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

“PDRM memandang serius perkara ini dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan identiti pasukan demi kepentingan tertentu serta menyebarkan kandungan yang mengelirukan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan sentiasa mendapatkan maklumat sahih melalui saluran rasmi PDRM. Jangan terpedaya dengan kandungan tidak sahih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orang ramai dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu berkenaan.

“Masyarakat diminta sentiasa mendapatkan maklumat sahih menerusi saluran rasmi PDRM.

“Jangan terpedaya dengan kandungan tidak sahih, tindakan tegas akan diambil berhubung penularan maklumat palsu ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN