Pasukan penyelamat temukan jejak pendaki hilang - Utusan Malaysia

Pasukan penyelamat temukan jejak pendaki hilang

OPERASI SAR diteruskan untuk menjejaki pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang hilang di Gunung Batu Putih, Tapah. - FOTO IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Pasukan mencari dan menyelamat menemukan kesan tapak kaki dan snek makanan ringan serta konjak jeli dipercayai milik pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, jejak tersebut ditemukan di Kem Sukaneka menuju Gunung Raya oleh pasukan SAR semalam.

Menurutnya, operasi diteruskan pada pukul 8 pagi tadi dengan lima anggota Pasukan Khas Taktikal Operasi Operasi Penyelamatan Malaysia (STORM) dan seorang anggota Malim Gunung Perak (MGP) telah selamat keluar ke Kuala Woh pada 4 pagi setelah menghadapi hujan lebat dan angin kuat di Berapit 2 pada semalam.

“Tiga anggota STORM telah selamat keluar pada pukul 9.30 malam menggunakan pesawat AW139 dan diturunkan di Pos Kawalan Hadapan (PKH) yang bermakna keseluruhan lapan anggota STORM serta seorang MGP pada Isnin lalu telah selamat keluar.

“Lapan anggota penyelamat terkini telah dihantar ke Bukit Berapit 2 masing-masing pada pukul 9.15 pagi dan 9.45 pagi menggunakan pesawat AW139 untuk operasi SAR,” katanya.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai ekspedisi pendakian Trans Spencer Chapman di Gunung Batu Putih bersama 13 rakan pendaki lain serta dua malim gunung.

Difahamkan, mangsa yang cedera di kaki sebelum itu berhenti rehat bersama seorang lagi pendaki lelaki dan seorang malim gunung di Kem Batu Core selepas lelaki terbabit mengalami masalah pernafasan.

Bagaimanapun, Jaslinda gagal dikesan selepas wanita itu dipercayai meneruskan perjalanan ke puncak gunung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN