Pasangan kekasih Singapura maut, kereta Ferrari dinaiki terbabas dan terbakar - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih Singapura maut, kereta Ferrari dinaiki terbabas dan terbakar

KEADAAN kereta jenis Ferrari dinaiki pasangan kekasih warga Singapura yang tinggal rangka setelah hangus terbakar dalam kemalangan di Jalan Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Sepasang kekasih warga Singapura maut setelah rentung terbakar apabila Ferrari dinaiki mereka terbabas di kilometer 57.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Yeo Tian Wen Leong, 34, dan Ng Puay Ying, 33, mengalami kecederaan parah di bahagian badan dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut daripada orang awam yang melalui kawasan tersebut.

“Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta jenis Ferrari yang dipandu seorang lelaki bersama teman wanitanya di tempat duduk depan penumpang hadapan. Kereta berkenaan dipercayai terbabas sendiri sebelum terbakar,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua mayat telah dirujuk ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, di sini bagi tujuan prosedur siasatan, manakala disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN