‘Parti politik, hari ini kawan esok jadi lawan’

‘Parti politik, hari ini kawan esok jadi lawan’

DOMINIC Lau Hoe Chai bersama Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar ketika menyantuni para perwakilan pada Konvensyen Ulang Tahun ke-58 Parti Gerakan Rakyat Malaysia di Menara PGRM, Kuala Lumpur di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Landskap politik negara yang sentiasa berubah menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap parti politik sedia ada.

Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Seri Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, situasi semasa menyaksikan parti politik boleh berubah pendirian dalam tempoh singkat, termasuk daripada ‘kawan’ menjadi ‘lawan’ dan sebaliknya.

“Parti muncul dan tenggelam, ada hari ini jadi kawan, esok lawan. Hari ini musuh, esok jadi rakan. Ini adalah situasi politik di negara kita hari ini,” katanya semasa berucap pada Konvensyen Ulang Tahun ke-58 Gerakan di ibu pejabat parti itu di Menara PGRM, di sini hari ini.

Dominic Lau berkata, disebabkan itu, Gerakan perlu menetapkan hala tuju baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Jelasnya, Gerakan kini sedang meneliti kedudukan dan pendirian parti termasuk agenda yang lebih relevan bagi mengembalikan keyakinan rakyat.

“Hala tuju Gerakan untuk hadapi PRN dan PRU, apa alternatif kita? Kita akan menetapkan hala tuju, kedudukan dan pendirian, selain menetapkan agenda yang relevan serta formula untuk mengembalikan keyakinan rakyat.

“Kita mesti tahu apa yang berlaku dalam negara. Banyak krisis berlaku termasuk politik, ekonomi dan keyakinan rakyat.

“Bila kita sudah faham situasi itu, barulah kita boleh mula menetapkan hala tuju, pendirian dan agenda Gerakan yang relevan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN