PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus susulan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari terbaharunya.
Bank pusat itu kali terakhir melaraskan OPR pada Julai 2025 apabila menurunkan kadar tersebut daripada tiga peratus sebagai langkah awal bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dalam menghadapi cabaran luaran.
BNM dalam kenyataan berkata, pertumbuhan global kekal stabil pada suku pertama 2026, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh serta perkembangan sektor teknologi.
Bagaimanapun, bank pusat itu memberi amaran bahawa konflik di Asia Barat menimbulkan risiko yang semakin meningkat terhadap pertumbuhan global dan inflasi domestik. – UTUSAN










