Neymar tersenarai ke Piala Dunia 2026

Neymar tersenarai ke Piala Dunia 2026

NEYMAR - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Pengendali Brazil, Carlo Ancelotti menyenarai Neymar dalam skuad kebangsaan negara itu ke Piala Dunia 2026.

Pemain berusia 34 tahun itu kembali menyertai skuad kebangsaan selepas diketepikan sejak tahun 2023 akibat beberapa siri kecederaan.

Ancelotti berkata, keputusan memanggil semula Neymar dibuat berdasarkan tahap kecergasan dan prestasi semasanya, bukannya atas faktor sentimental.

“Kami menilai Neymar sepanjang tahun ini dan mendapati dia kini bermain dengan lebih konsisten selain tahap fizikalnya semakin baik.

“Dia mempunyai peranan dan tanggungjawab sama seperti pemain lain, tetapi dia juga pemain berpengalaman. Dalam beberapa posisi, kami memang memberi keutamaan kepada pengalaman,” kata Ancelotti.

Neymar yang meledak 79 gol antarabangsa tidak beraksi untuk Brazil sejak tahun 2023 selepas bergelut dengan kecederaan ketika bersama Al Hilal sebelum kembali ke kelab lamanya, Santos.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN