Musibah dibawa Jho Low terlalu besar untuk dimaafkan

Musibah dibawa Jho Low terlalu besar untuk dimaafkan

FAHMI Fadzil bersama pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang SPM Parlimen Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerosakan serta musibah yang dibawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low kepada negara terlalu besar sehingga tidak wajar diberikan sebarang pertimbangan untuk dimaafkan.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jho Low tidak sepatutnya diberi sebarang pengampunan atau kelonggaran susulan skandal besar yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Saya senada dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bahawa Jho Low tidak patut dimaafkan dan tidak patut diberi sebarang pertimbangan pengampunan kerana dosa dan musibah yang dia telah bawa kepada negara kita ini terlalu besar.

“Mereka tidak sepatutnya memberi pengampunan atau kelonggaran walaupun melibatkan individu seperti Jho Low. Dia kena balik dan berdepan, dibawa ke mahkamah untuk diadili. Itu yang sepatutnya berlaku,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Parlimen Lembah Pantai di sini, hari ini.

Terdahulu, Jho Low yang menjadi dalang utama dalam skandal berbilion dolar melibatkan dana 1MDB tidak wajar diberi pengampunan.

Perkara itu ditegaskan Johari merangkap Pe­nge­rusi Pasukan Petugas 1MDB, susulan laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa Jho Low sedang memohon pe­ngampunan daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Pasukan petugas 1MDB yang di­terajui Johari ditubuhkan bagi mendapatkan semula dana dan aset berkaitan di seluruh dunia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN