Misi ke Gaza tetap diteruskan - Zainal Rashid

Misi ke Gaza tetap diteruskan – Zainal Rashid

ZAINAL RASHID AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktivis kemanusiaan dan wartawan veteran, Zainal Rashid Ahmad menegaskan, misi rakyat Malaysia ke Gaza tetap diteruskan walaupun baru dibebaskan daripada tahanan rejim Zionis di Istanbul, kelmarin.

Zainal Rashid atau dikenali sebagai ZRA berkata, persinggahan di Istanbul bukan bertujuan untuk kembali ke Kuala Lumpur, sebaliknya bagi meneruskan pelayaran menuju ke Gaza.

Beliau antara 10 rakyat Malaysia yang ditahan Pasukan Pertahanan Israel selepas kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 dipintas secara agresif di perairan antarabangsa, Khamis lalu.

Beliau turut menyifatkan layanan sepanjang berada dalam tahanan rejim berkenaan sebagai amat buruk.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan. Kami seramai 10 orang selamat tiba di Istanbul dalam keadaan sihat walaupun berdepan layanan buruk di atas kapal,” katanya menerusi rakaman video di Facebook hari ini.

Difahamkan, rakaman itu dibuat ketika beliau tiba di Istanbul semalam selepas ditahan bersama 10 delegasi Malaysia dan 186 aktivis lain pada 30 April di perairan antarabangsa berhampiran Pulau Crete, Greece.

Beliau turut menyeru rakyat Malaysia supaya terus bersatu dalam isu Gaza serta sentiasa mengingati Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Pada masa sama, Zainal meminta kerajaan supaya segera mengemukakan nota bantahan kepada pihak berkaitan bagi menuntut pembebasan dua lagi pejuang kemanusiaan, as-Sayyid yang masih ditahan.

“Beliau berkemungkinan berdepan hukuman gantung jika tiada pembelaan dan pembebasan segera dilakukan.

“Ini pesanan kami kepada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia agar terus bersatu dalam isu Gaza serta mengingati Masjid al-Aqsa,” katanya.

Rakyat Malaysia yang ditahan sebelum ini termasuk Zainal Rashid (Arkham III); Osman Zolkifli dan Dr. Jihan Alya Mohd. Nordin (Eros 1) dan Mohd. Shamsir Mohd. Isa (Esplai).
Selain itu, Hazwan Hazim Dermawan, Mohd. Hanafi Mohd. Salim, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman dan Norhelmi Ab Ghani (Bianca BCN); Mohd. Redzal Amzah (Freia); serta Muhamad Muhsin Zaidi (Marea).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN