KUALA TERENGGANU: Sanggup meredah hutan tebal dan tinggal berminggu-minggu malah berbulan-bulan di dalam kawasan perlindungan demi memburu hasil hutan gaharu yang mencecah puluhan ribuan ringgit sekilogram. Harga kepingan isi gaharu liar yang menjadi bahan utama dalam menghasilkan minyak wangi, farmaseutikal dan kosmetik boleh mencecah RM10,000 hingga RM100,000 sekilogram (kg) berdasarkan kualiti serta grednya. Satu laporan pada tahun lalu menyebut, kayu gaharu adalah komoditi bernilai tinggi dengan anggaran pasaran global mencecah…










