Langkawi masih relevan, jadi pilihan pelancong

Langkawi masih relevan, jadi pilihan pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Langkawi menerima kemasukan pelancong konsisten dan kekal menjadi antara destinasi utama negara dengan data rasmi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menunjukkan peningkatan 10 peratus ketibaan pelancong pada 2025 berbanding tahun sebelumnya.

Pengerusi Persatuan Penggiat Industri Pelancongan Langkawi (PPIPL), Raseli Yahya berkata, sebanyak 3.21 juta pelancong direkodkan pada 2025, sekali gus membuktikan Langkawi terus relevan serta menjadi pilihan pelancong domestik dan antarabangsa.

“Kekuatan destinasi pelancongan tidak boleh diukur semata-mata berdasarkan jumlah pelancong yang terlalu padat sehingga menjejaskan identiti, kesejahteraan komuniti setempat dan kelestarian alam sekitar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raseli berkata pengiktirafan antarabangsa seperti pulau terbaik dunia oleh Conde Nast Traveler membuktikan daya tarikan Langkawi masih kukuh di peringkat global.

Tambahnya, kemasukan pelancong turut didorong inisiatif pembangunan prasarana serta program promosi berterusan oleh LADA di dalam dan luar negara.

“Semua pihak perlu berganding bahu memastikan promosi kreatif diteruskan serta disokong tadbir urus stabil bagi mengekalkan Langkawi sebagai destinasi pilihan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN