Keluarga sukar terima Zara Qairina membunuh diri

Keluarga sukar terima Zara Qairina membunuh diri

INKUES ZARA QAIRINA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ahli keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir sukar menerima dan berada dalam keadaan penafian bahawa remaja itu membunuh diri.

Pakar perunding psikiatri forensik, Dr. Chua Sze Hung berkata demikian apabila disoal peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah yang sekali lagi mendapatkan pengesahannya bahawa cara kematian kanak-kanak itu adalah konsisten dengan bunuh diri, hari ini.

Sze Hung memberi keterangan itu pada hari ke-72 inkues kematian Zara Qairina, pelajar berusia 13 tahun yang maut selepas ditemui tidak sedarkan diri di tingkat bawah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha pada 16 Julai tahun lalu.

Beliau bersetuju ketika ditanya sama ada Zara Qairina masih boleh mengalami tekanan emosi dan psikologi yang serius walaupun digambarkan sebagai seorang yang ceria.

Pakar itu turut bersetuju bahawa individu yang mempunyai kecenderungan membunuh diri mungkin menyembunyikan atau menutup keadaan mental sebenar mereka.

“Individu juga mungkin sengaja mengelak daripada menunjukkan tanda tekanan supaya tidak membimbangkan atau mengejutkan orang di sekeliling, khususnya ahli keluarga,” katanya.

Bagaimanapun, Sze Hung yang juga saksi ke-67 itu menegaskan terdapat unsur kecederaan diri tanpa niat membunuh diri (NSSI) dan kecederaan berbentuk barcode yang menjadi tanda serta petunjuk tekanan emosi atau psikologi.

“Tujuan NSSI dilakukan adalah untuk mengawal emosi dan mengurangkan emosi negatif,” katanya.

Pada prosiding terdahulu, Mahkamah Koroner diberitahu beberapa saksi bahawa Zara Qairina pernah menunjukkan tanda barcode yang ada ditangannya kepada individu lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN