KBS kecewa prestasi di Piala Thomas, Uber tidak capai sasaran - Utusan Malaysia

KBS kecewa prestasi di Piala Thomas, Uber tidak capai sasaran

MOHAMMED Taufiq Johari (tengah) merasmikan penutupan Kejohanan MIMAC 3.0 di Dataran Warisan Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kecewa dengan prestasi skuad badminton negara pada kejohanan badminton Piala Thomas dan Piala Uber 2026 yang tidak mencapai sasaran.

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari bagaimanapun berkata, kementerian tetap optimis terhadap kemampuan pemain negara dan menghargai komitmen tinggi yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

“Jika dilihat kepada keputusan kali ini, ia mungkin sedikit mengecewakan dan tidak seperti yang diharapkan.

“Namun saya tetap yakin dengan kemampuan pemain negara yang telah bertungkus lumus memberikan aksi terbaik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada penutupan Kejohanan Muay Antarabangsa Malaysia 2026 (MIMAC 3.0) di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.

Menurut beliau, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan mengadakan penilaian menyeluruh bagi mengenal pasti segala kelemahan dan aspek penambahbaikan yang perlu dilaksanakan segera.

“Kita akan bekerjasama rapat dengan BAM bagi memastikan pembangunan atlet badminton negara dapat diteruskan secara konsisten, sekali gus meningkatkan semula prestasi mereka menjelang kejohanan utama selepas ini,” katanya.

Pada kempen Piala Thomas 2026 di Denmark, Malaysia muncul naib juara Kumpulan B, menamatkan saingan di peringkat suku akhir selepas tewas 0-3 kepada China.

Dalam saingan Piala Uber, kemaraan pemain negara juga berakhir di suku akhir selepas tersingkir kepada China 0-3.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN