MEKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan seorang jemaah lelaki telah meninggal dunia di sini semalam.
TH berkata, jemaah berasal dari Machang, Kelantan, berusia 77 tahun dan hadir itu bersama isteri ke Tanah Suci.
“Allahyarham merupakan jemaah daripada
kumpulan KT50 dan menginap di Hotel Abraj Al-Tayseer.
“Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdul Aziz pada pukul
5.40 petang akibat jangkitan kuman di kawasan perut (intra-abdominal sepsis),” katanya dalam kenyataan hari ini.
TH berkata, jenazah telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Subuh semalam dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Al Sharayea, Mekah untuk dikebumikan.
“TH mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham,” katanya.-UTUSAN










