Belajarlah bersyukur dan menghargai setiap nikmat- Ropie - Utusan Malaysia

Belajarlah bersyukur dan menghargai setiap nikmat- Ropie

ROPIE berjaya membuktikan bakat dan kemampuannya sebagai pelawak hasil usaha serta komitmen yang tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Ropie tampil memberi respons kepada komen netizen di media sosial yang mempersoalkan bayaran diterima beliau ketika bekerjasama dengan jep Sepahtu.

Jelas Ropie,  Rezeki tidak diukur pada jumlah bayaran atau wang semata-mata, sebaliknya dinilai melalui keberkatan, rasa cukup dan ketenangan hati.

“Setiap rezeki dan ujian yang Allah berikan itu berbeza-beza. Daripada mempersoalkan apa yang kita tiada, lebih baik kita mensyukuri apa yang Allah telah berikan pada kita kerana itulah yang tertulis dan terbaik buat kita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Belajarlah bersyukur untuk menerima, menghargai, dan memanfaatkan setiap nikmat yang ada walaupun ia sekecil apa pun,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ropie memaklumkan kehidupan bukan untuk bersaing sesama sendiri tetapi satu perjalanan untuk memperbaiki diri.

“Kehidupan ini bukan perlumbaan untuk jadi yang paling cepat atau paling hebat, tetapi satu perjalanan untuk kita belajar, memperbaiki diri, dan memberi makna pada setiap langkah.

“Ada masa kita jatuh dan ada masa kita hilang arah, tetapi selama hati masih berharap dan berusaha, hidup ini tetap punya harapan yang indah. Amin Insyallah,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini