Isu tiga gajah Malaysia di Jepun, Exco Perak jumpa PM - Utusan Malaysia

Isu tiga gajah Malaysia di Jepun, Exco Perak jumpa PM

SANDREA Ng Shy Ching mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membentangkan perkembangan terkini berkaitan isu pemindahan gajah dari Zoo Taiping Safari ke Zoo Tennoji di Jepun.

Menurutnya, dalam perbincangan tersebut, beberapa perkara utama telah diberi penekanan khususnya berkaitan kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK).

Menurutnya, penekanan juga diberikan berkaitan kepentingan menjaga hubungan diplomatik yang baik dan menghormati komitmen serta perjanjian yang telah dimeterai.

“Keprihatinan masyarakat terhadap isu ini amat dihargai dan dalam masa yang sama adalah penting untuk kita melihatnya secara menyeluruh, berasaskan fakta serta perkembangan semasa.

“Penekanan turut diberikan agar semua pihak berkaitan mengambil pendekatan yang cermat dalam setiap tindakan, dengan keutamaan diberikan kepada kebajikan haiwan serta pemantauan berterusan bagi memastikan keadaan mereka sentiasa berada pada tahap yang baik.

“Perkembangan lanjut akan dikongsikan dari semasa ke semasa oleh pihak yang berwajib,” katanya dalam Facebook beliau.

Media sebelum ini melaporkan, tiga ekor gajah Malaysia iaitu Amoi berusia sembilan tahun, Dara (14) dan Kelat (20) dipindahkan ke Zoo Tennoji pada 10 Mac lalu.

Pemindahan tiga ekor gajah ke negara berkenaan merupakan sebahagian daripada Program Konservasi Gajah Malaysia bertujuan untuk pembiakan dan penyelidikan.

Bagaimanapun, keadaan itu menimbulkan kebimbangan orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan aspek keselamatan, kebajikan dan kesesuaian haiwan itu menyesuaikan diri dengan cuaca serta persekitaran baharu di negara berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN