KYIV: Ukraine pada Ahad mengumumkan menyerang beberapa buah kapal milik Russia termasuk sebuah kapal pembawa peluru berpandu dan tiga kapal tangki. Ia berlaku ketika kedua-dua pihak melancarkan ratusan dron dalam pertempuran yang mengorbankan sekurang-kurangnya lapan nyawa. Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berikrar akan mempertingkatkan serangan balas ke atas loji tenaga Russia sekiranya Moscow enggan menghentikan pencerobohan mereka yang bermula Februari 2022. Beliau berkata, Russia boleh menamatkan peperangan ini pada bila-bila masa.…










