Isu teknikal: KT051 akhirnya tiba ke Tanah Suci

Isu teknikal: KT051 akhirnya tiba ke Tanah Suci

JEMAAH haji Malaysia KT051 yang mendarat di Muscat, Oman ekoran isu teknikal pesawat selamat tiba ke Tanah Suci Mekah hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH: Kumpulan jemaah haji KT051 yang mendarat di Lapangan Terbang Muscat, Omar ekoran isu teknikal akhirnya selamat tiba ke Tanah Suci hari ini.

Semua jemaah tersebut telah dibawa ke bangunan penginapan di Hotel Rehab Al Janadriyah, Mekah.

Mereka sebelum itu tiba di Lapangan Terbang King Abdulaziz, Jeddah pada pukul 5.33 pagi dari Lapangan Terbang Muscat, Oman.

Terdahulu, ketibaan rombongan jemaah disambut oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Mohd. Hisham Harun bersama barisan pengurusan dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH).

Dalam pada itu, Mohd. Hisham berkata, pihaknya komited untuk meletakkan kebajikan dan keselamatan jemaah haji sebagai teras utama dalam operasinya.

“Walaupun menghadapi sedikit situasi yang tidak dapat dielakkan atas faktor teknikal penerbangan, namun atas usaha semua pihak, semua jemaah yang terlibat dapat dibawa dengan selamat ke Tanah Suci.

“Ia bagi mengerjakan urusan haji dan kesinambungan operasi haji diteruskan seperti biasa,” katanya di sini hari ini.

Katanya, TH merakamkan penghargaan terutamanya kepada Kedutaan Malaysia di Oman yang banyak membantu jemaah semasa ketibaan dan penginapan mereka.

Katanya, selain itu AMAL by Malaysia Airlines atas kecekapan dalam mengendalikan situasi dan menjaga kebajikan jemaah haji yang terlibat.

“Terima kasih juga kepada semua jemaah atas kerjasama yang diberikan dalam memastikan semua yang telah dirancang berjalan dengan lancar,” katanya.

Katanya, semua jemaah akan berehat seketika sebelum memulakan pergerakan untuk mengerjakan umrah pertama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN