PETALING JAYA: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negeri di utara Semenanjung serta beberapa kawasan di Pahang, Johor, Sabah dan Labuan sehingga pukul 12 tengah hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, keadaan itu diramal berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang serta Labuan.
Di Perak, kawasan yang dijangka terjejas melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak serta Kuala Kangsar.
Bagi Pahang, amaran cuaca dikeluarkan bagi kawasan Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, di Sabah, keadaan cuaca sama dijangka berlaku di kawasan Pedalaman melibatkan Kuala Penyu serta Tawau. – UTUSAN










