METMalaysia keluar amaran ribut petir hingga 9 malam ini

METMalaysia keluar amaran ribut petir hingga 9 malam ini

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak hingga pukul 9 malam ini.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, amaran cuaca buruk itu melibatkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor selain beberapa kawasan di Sarawak, Sabah serta Labuan.

Di Kedah, kawasan dijangka terjejas ialah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi Perak pula, amaran melibatkan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung serta Perak Tengah.

Di Terengganu, cuaca buruk dijangka melanda Dungun dan Kemaman manakala di Pahang membabitkan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran sama bagi Hulu Langat di Selangor selain seluruh Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Mukah, Kapit melibatkan Song, Bintulu, Miri membabitkan Subis, Beluru, Miri dan Marudi serta Limbang.

Sementara di Sabah, amaran melibatkan Pedalaman selain Pantai Barat membabitkan Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau.

Amaran sama turut melibatkan Tawau serta Tongod dan Telupid di Sandakan selain Labuan.

Menurut METMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir berlaku atau dijangka berterusan melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN