Guna AI tidak salah asalkan caranya betul - Kmy Kimo - Utusan Malaysia

Guna AI tidak salah asalkan caranya betul – Kmy Kimo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Kmy Kimo berpandangan penggunaan teknologi janaan kecerdasan buatan (AI) dalam karya seni bukan sesuatu yang salah sekiranya digunakan dengan betul.

Menurut Kmy atau Lukmanul Hakim, 37, kecanggihan teknologi seharusnya diraikan dan tidak ditolak sepenuhnya.

“Tidak salah pun raikan kecanggihan pada sesuatu teknologi.

“Sebab kita sebagai manusia yang hidup pada emosi yang asli tidak akan pernah lupakan jiwa yang menghidupkan,” katanya dalam satu hantaran di Threads miliknya.

Tambah finalis Anugerah Juara Lagu (AJL40) itu, dia menggalakkan orang ramai melakukan kajian dan eksperimen terhadap teknologi tersebut sebelum membuat penilaian terhadap hasil yang diperoleh.

“Buat kajian eksperimentasi dan lihat pada hasil.

“Sekarang kita di zaman ‘aku pun boleh buat’, debat pun sudah tak seronok.

“Buat apa sahaja yang mahu dibuat,” ujarnya.

Menurut Kmy, sesebuah karya tetap memberi nilai positif selagi mampu memberikan impak.

“Selagi setiap karya itu memberikan impak positif kepada ramai orang, ianya tetaplah positf,” jelasnya.

Dalam pada itu, dia turut berpandangan setiap golongan mempunyai pendekatan tersendiri dalam berkarya dan menjalankan perniagaan.

“Karyawan tetap dengan caranya, peniaga juga ada caranya,” katanya.

Pada masa sama, dia turut memberi bayangan mengenai kemunculannya pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ogos depan dan mengakui berasa gementar menantikannya.

“AJL Ogos. Berdebar,” katanya ringkas.

Terdahulu, Kmy Kmo bersama Luca Sickta dan Salammusik, telah berjaya mara ke pentas akhir AJL 40) di Semi Final Muzik-Muzik 40 (SFMM40) menerusi lagu mereka yang bertajuk Ke Mana Ni. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN