GST: Tukar nama Cukai Madani pun tidak mengapa demi rakyat

GST: Tukar nama Cukai Madani pun tidak mengapa demi rakyat

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin menegaskan asas percukaian negara ketika ini yang menggunakan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan hasil negara.

Justeru, beliau merayu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar mengembalikan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan mengetepikan sentimen politik demi kepentingan ekonomi negara mahupun rakyat.

Malah, beliau dalam masa yang sama turut mencadangkan agar nama GST ditukar kepada nama lain yang lebih sesuai sekiranya kerajaan enggan dilihat menggadaikan prinsip sebelum ini yang tegas memansuhkan cukai berkenaan.

“Sebagai bekas penasihat ekonomi, saya pernah menyatakan bahawa GST tidak sepatutnya dimansuhkan. Saya merayu agar GST dikembalikan semula. Tukarlah namanya, ‘Madani Tax’ pun tidak mengapa.

“Bagi saya, bukan soal siapa kerajaan atau parti pemerintah. Apa yang penting ialah asas hasil negara mesti kukuh. Jika pengurusan ekonomi dipolitikkan, akhirnya rakyat yang akan menanggung kesusahan. GST sebenarnya tidak menekan rakyat kerana sektor seperti pendidikan dikenakan kadar sifar, begitu juga dengan kesihatan,” katanya dalam Forum Rundingan Meja Bulat Nasional RIMBUNAN 2.0 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata, ramai peniaga sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menghadapi kesukaran dengan sistem SST kerana cukai input tidak boleh dituntut semula.

“Jangan politikkan pengurusan ekonomi negara. Jangan hanya kerana dasar ini diperkenalkan oleh BN, maka ia terus dihapuskan.

“Dalam politik, mungkin keputusan sukar hanya memberi kesan maksimum satu atau dua tahun, tetapi manfaat jangka panjangnya jauh lebih besar. Tolong lakukan sekarang. Malangnya, buat masa ini saya melihat masih belum ada keberanian untuk melaksanakannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN