Gadis maut ditikam: Suspek tiba di mahkamah untuk pertuduhan

Gadis maut ditikam: Suspek tiba di mahkamah untuk pertuduhan

TERTUDUH diiringi polis semasa menghadiri prosiding pertuduhan di Mahkamah Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang remaja berusia 19 tahun yang merupakan suspek kes pembunuhan seorang gadis yang maut dengan 61 kesa tikaman sebelum ditinggalkan di Kampung Simah, Ketereh di sini pada 1 Mei lalu, tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu, di sini untuk prosiding pendakwaan

Suspek yang memakai baju-T berwarna hitam tiba di kompleks itu kira-kira pukul 9.15 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Suspek dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 8 Mei lalu, polis dilapor mendapat lanjutan tempoh tahanan reman tujuh hari lagi terhadap dua suspek kes pembunuhan kejam seorang gadis yang ditemukan dengan 61 kesan tikaman di Kampung Simah.

Sambungan tempoh tahanan reman sehingga 14 Mei itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Reman itu bertujuan melengkapkan kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sebelum itu, polis menemukan 61 kesan tikaman pada badan gadis yang dipercayai mati dibunuh sebelum mayatnya dibuang di Kampung Simah.

Maklumat tersebut hasil pemeriksaan awal dilakukan oleh pasukan forensik bermula dari bahagian muka sehingga kaki. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN