Gadis maut ditikam: Polis nafi bapa suspek pegawai berpangkat tinggi

Gadis maut ditikam: Polis nafi bapa suspek pegawai berpangkat tinggi

TANGKAP layar dakwaan yang dimuat naik mengenai latar belakang status bapa kepada salah seorang suspek yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes tikam gadis yang mayatnya ditemukan di Ketereh, Kota Bharu, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis menafikan bapa kepada seorang daripada suspek yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes penemuan mayat gadis berusia 19 tahun dengan kesan 61 tikaman  di Kampung Simah, Ketereh di sini, Sabtu lalu pegawai kanan pasukan itu yang berpangkat tinggi sepertimana tular dalam media sosial.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Azmir Damiri ketika dihubungi di sini hari.

“Dakwaan ini tidak benar, inilah masalahnya, selagi benda itu (maklumat) tidak keluarkan oleh polis jangan percaya. Warganet ini kadangkala siasatan melebihi pihak polis,” katanya.

Sebelum itu tular dalam media sosial satu hantaran yang dimuat naik di Facebook mengatakan ‘Fuhh…ada cable besar rupanya?’ yang merujuk kepada kes seorang remaja ditemukan mati dengan 61 tikaman.

Hantaran itu mendakwa, bapa suspek adalah pegawai kanan polis berpangkat tinggi.

Terdahulu, polis dilapor menemukan 61 kesan tikaman pada badan seorang gadis yang dipercayai mati dibunuh sebelum mayatnya dibuang di Kampung Simah.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut hasil pemeriksaan awal yang dilakukan oleh pasukan forensik ke atas badan gadis berkenaan bermula dari bahagian muka hingga kaki.

Katanya, kebanyakan kecederaan itu tertumpu pada bahagian kanan badan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN