Doa yang baik untuk saya - Dr. Fie - Utusan Malaysia

Doa yang baik untuk saya – Dr. Fie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya datang semula sebab dah lambat.”

Demikian kenyataan Dr. Fie setiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi mengikuti prosiding pelanggaran perintah mahkamah yang difailkan bekas suami yang juga penyanyi, Nubhan.

Dr. Fie atau nama sebenarnya Afifah Hidayah Ahmad Tawfek berharap prosiding tersebut berjalan lancar.

“Saya sendiripun nak kena tengok proses mahkamah ini. Doa yang baik untuk saya, ikut sahaja cara yang betul iaitu proses mahkamah,” katanya.

Dr. Fie sampai ke mahkamah kira-kira pukul 9.31 pagi manakala suaminya tiba sekitar pukul 9.14 pagi.

Dr. Fie dan Nubhan pernah mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, Ahmad Aaffan dan Afzan Nayille.

Bagaimanapun keduanya bercerai pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN