DAP Hipokrit isu ADUN lantikan - Wee Ka Siong - Utusan Malaysia

DAP Hipokrit isu ADUN lantikan – Wee Ka Siong

Wee Ka Siong
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: MCA melabelkan DAP sebagai hipokrit berhubung pendirian berbeza ditunjukkan parti itu susulan jawatan ADUN lantikan yang diluluskan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Khamis lalu.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, rekod menunjukkan parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) pernah menyokong jawatan ADUN lantikan di beberapa negeri lain, sebelum ini.

Katanya, kerajaan negeri Pahang pernah mewujudkan lima jawatan ADUN lantikan pada tahun 2024 termasuk melibatkan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah).

“Jika DAP menolak wakil rakyat yang tidak dipilih dalam pilihan raya, mengapa pemimpin parti itu menyokong langkah sama di Pahang. Mengapa ia diterima di sana tetapi ditolak di Johor, DAP perlu berhenti bersikap tidak konsisten.

“Cadangan ADUN lantikan di Johor juga telah melalui proses perundangan yang sah selepas memperoleh sokongan dua pertiga majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN). Jadi bagaimana DAP boleh anggap ia salah, sedangkan perkara sama turut dibuat di Sabah dan Terengganu,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming yang mahu kerajaan Johor mempertimbang semula Rang Undang-Undang (RUU) yang diluluskan, Khamis lalu.

Sidang DUN Johor meluluskan RUU itu setelah ia mendapat sokongan dengan 40 ADUN menyokong manakala 16 lagi menentang, sekaligus bakal menambah bilangan ADUN Johor menjadi 61 orang.

Pada Disember tahun lalu, Sabah melantik enam ADUN lantikan termasuk Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu, Grace Li Mei.

Manakala pada November 2024 pula, lima ADUN lantikan termasuk Pengerusi Amanah Pahang, Mohd. Fadzli Mohd. Ramly dan Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Rizal Jamin dilantik ke dalam DUN negeri itu selepas pindaan dibuat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN