Bapa tiri ditahan disyaki pijak perut, cekik dan cucuh jari anak guna pemetik api

Bapa tiri ditahan disyaki pijak perut, cekik dan cucuh jari anak guna pemetik api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Mahkamah Majistret di sini, hari ini membenarkan seorang pemotong kayu ditahan reman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pengabaian terhadap anak lelaki tirinya yang berusia lima tahun 11 bulan.

Perintah tahanan reman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu dibenarkan Majistret Nur Amira Fatihah Osman selepas mendapat permohonan daripada polis untuk melakukan siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pemangku Ketua Polis Daerah Dungun, Deputi Superintenden Jumaidy Bah Chong Weh berkata, suspek ditahan polis kira-kira pukul 5.50 petang semalam selepas laporan polis dibuat ibu kanak-kanak itu di Balai Polis Bukit Besi.

Katanya, wanita berusia 30 tahun itu mendakwa melihat kesan melecur pada jari manis sebelah tangan kiri mangsa yang disyaki akibat didera suaminya pada 7 April lalu.

“Mangsa memberitahu tangannya melecur kerana bapa tirinya mencucuh jarinya menggunakan pemetik api kerana nakal dan hal itu diakui suspek.

“Kemudian pada 3 Mei lalu, wanita itu dimaklumkan oleh anak perempuannya bahawa mangsa pernah mengadu suspek ada memijak perut dan mencekik mangsa, namun tiada saksi yang melihat kejadian itu,” katanya.

Jumaidy berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek yang merupakan bapa tiri mangsa berkahwin kira-kira tiga tahun lalu dengan ibu kanak-kanak berkenaan.

Katanya, pemeriksaan fizikal ke atas mangsa mendapati terdapat kesan luka yang sembuh di bahagian jari manis sebelah kiri tangan mangsa.

“Mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan kira-kira pukul 8 malam tadi dan setakat ini laporan pemeriksaan awal masih belum diperoleh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN