Baucar Buku Madani RM100 untuk pelajar sekolah menengah, mahasiswa - Utusan Malaysia

Baucar Buku Madani RM100 untuk pelajar sekolah menengah, mahasiswa

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan meneruskan pemberian Baucar Buku Madani sebanyak RM100 kepada pelajar sekolah menengah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) dan mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam soal program Baucar Buku Madani, beliau tiada pilihan lain kerana berpendirian pendidikan harus diutamakan.

Bagaimanapun, beliau berkata, keupayaan kerajaan ketika ini hanyalah membabitkan pelajar sekolah menengah dan mahasiswa IPT di bawah KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Saya berpendapat soal buku dan pendidikan tidak boleh diketepikan dan mesti terus diberikan keutamaan.

“Justeru, semua pelajar sekolah menengah di bawah KPM dan mahasiswa IPT di bawah KPT akan menerima bantuan RM100 seorang.

“Namun, saya ingin tegaskan bahawa berdasarkan kemampuan kewangan semasa, bantuan ini hanya melibatkan pelajar sekolah menengah di bawah KPM dan mahasiswa IPT di bawah KPT,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN