Ahli Parlimen PKR hadir majlis Rafizi dituntut beri penjelasan - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen PKR hadir majlis Rafizi dituntut beri penjelasan

KAMIL Abdul Munim melepaskan peserta Program Fun Run Untukmu Ibu 2026 di Padang Rengas, Perak hari in
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG RENGAS: Sayap pemuda PKR mendesak beberapa wakil rakyat daripada parti itu yang muncul dalam majlis pelancaran Parti Bersama Malaysia (Bersama) untuk tampil menjelaskan tindakan mereka.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kamil Abdul Munim berkata, adalah adil untuk ahli dan parti PKR menuntut penjelasan daripada mereka.

“Mereka harus tampil dan berikan penjelasan yang sewajarnya. Kalau mereka tidak ambil langkah sedemikian dan membiarkan hal ini, jangan marah kalau ada orang lain terus menyerang (mendesak),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa aktiviti Hari Keluarga Padang Rengas sempena Program Fun Run Untukmu Ibu 2026 di sini hari ini.

Semasa pelancaran semula parti Bersama pada 17 Mei lalu, beberapa wakil rakyat PKR turut hadir ke majlis tersebut antaranya Ahli Parlimen Subang, Wong Chen, Datuk Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau), Rodziah Ismail (Ampang), Zahir Hassan (Wangsa Maju) dan Lee Chean Chung (Petaling Jaya).

Kata Kamil, adalah menjadi tanggungjawab wakil rakyat tersebut untuk memberikan penjelasan.

Beliau pada masa sama yakin kemunculan parti Bersama tidak memberi impak yang signifikan terhadap ahli akar umbi PKR di kawasan luar bandar.

“Kekuatan kita di akar umbi masih kukuh. Dari semasa ke semasa kita lihat pertambahan bilangan anggota yang menyertai parti (PKR) meskipun kita tak uar-uarkan macam beberapa pihak yang lain,” katanya.

Tambahnya, fokus AMK dan PKR kini adalah untuk menguatkan parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 yang semakin hampir.

Berkenaan krisis tenaga global, beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Kewangan melihat langkah penjimatan oleh kerajaan berada pada landasan yang betul kerana masih dapat melaksanakan pelbagai perancangan.

Antara contoh yang dinyatakan beliau ialah pengekalan harga minyak RON95 bersubsidi dan beberapa program kerajaan walaupun berskala kecil. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN