5,000 liter diesel subsidi dirampas di perairan Satun

5,000 liter diesel subsidi dirampas di perairan Satun

ANGGOTA Maritim Thailand merampas 5,000 liter diesel bersubsidi dari Malaysia yang diseludup melalui jalan laut di Perairan Satun, Thailand. – IHSAN MSC 3
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SATUN (THAILAND): Pihak ber­kuasa Thailand mematahkan cubaan menyeludup 5,000 liter diesel bersubsidi dari Malaysia selepas memintas sebuah bot nelayan di perairan Wilayah Satun di sini, kelmarin.

Dalam operasi kira-kira pukul 5 petang itu, dua awak-awak bot berkenaan turut ditahan bagi membantu siasatan berhubung rampasan tersebut.

Timbalan Pengarah Pusat Perintah Keselamatan Maritim Wiayah 3 (MSC 3), Kapten Phisit Thongtha berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota digerakan untuk melakukan pemantauan.

Katanya, semasa rondaan dijalankan, anggota bertugas melihat sebuah bot nelayan tradisional dikemudi dalam keadaan mencurigakan.

“Bot berkenaan diarah berhenti dan pemeriksaan me­nemukan kira-kira 5,000 liter diesel disembunyikan di dalam tangki yang diubah suai di bahagian bawah bot.

“Hasil soal siasatan mendapati, awak-awak terbabit me­ngaku membeli bot yang diubah suai sebelum mengisi diesel Malaysia kerana harga yang lebih murah berbanding di Thailand,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×