TAWAU: Seramai 28 warga asing termasuk dua wanita direman empat hari oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang dipercayai beroperasi di empat banglo mewah. Perintah reman sehingga Isnin depan itu dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin terhadap semua suspek berusia antara 21 hingga 51 tahun. Berdasarkan keterangan kes, pasukan risikan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)…










